"saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya.sebabnya, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda. sedangkan pemalu adalah kecantikan pemudi yang paling utama"

(Mustafa Luthfi)


Murid : Selamat pagi, cikgu.



Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!



Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!



Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!



Murid : Kami siuman!



Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!



Murid : Oh! Mengalah!



Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!



Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


salam alaikum sume..

mmg dh tersangat lama xmenjenguk laman ni.. hee.. sungguh sunyi sepi.. maklum lah kat rumah xde tenet, xkan saje2 nk main kat ofis pulak.. tapi... skrng ni mmg tengah curi2 main, sbb xde kerje.. erm.. bukan xde kerje, cume tunggu kwn siapkan kerje die, bru la kerje kite leh jalan..

erm.. LI skrng ni agak suke jgk la.. ade yg sudi mbntu.. tp lps ni kene pndai2 belajar sendri la.. kwn tu dh dpt ofer permanent post kat tempt lain.. bgus la.. gaji lps tinggi n lbh terjamin, moga berjaya la hendakNya kan? (lps ni betul2 lost contact la, sbb xnk bg hp nmbr.. haha..)

ya Allah.. dlm tempoh sebulan LI ni, tersangat byk perkara baru yg dpt belajar, namun, hari2 mmg tak lekang dr masalah, masalah kerja & mslh ngn rakan sekerja.. mgkin mslh yg dihadapi sesetengah org berbeza.. mgkin jgk sy sndr yg xbelajar dr perkara yg lps2.. insya Allah.. sy akan lbh byakkan mase bermuhasabah dri.. n pikirkan jalan utk selesaikan & berdoa moga Allah tunjukkan jalan yg benar.. Amiinn...

sampai bertemu lagi nnt.. insya Allah.. duhai sahabat, aku kangan bangat sama kamu..