CABARAN BERTUNANG
Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.
“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.
“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.
Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.
“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.
“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.
Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.
“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.
“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.
Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.
Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!
“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.
“Ukhti sihat?”, saya bertanya.
“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.
“Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.
“Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.
“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.
“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.
Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.
BARU TAHU
Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.
“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.
“Silakan”, saya membetulkan duduk.
“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.
“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.
“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.
“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.
“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.
“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.
Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.
BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG
Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.
Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.
Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.
Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.
Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.
Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.
RAHSIA PERTUNANGAN
Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.
Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.
Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.
Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.
sumber asal;
http://saifulislam.com
6 comments:
Anonymous said...
Assalamualaikum,..
emm,..Sanye bertunang ni adalah utk menenangkan hati seseorang, x pyh lg riso d rampas krn da buat perjanjian,..
sy amat tertarik dengan satu hadis nabi yg berbunyi 'rahsiakan pertunangan dan iklankan(hebahkan) walimah@ perkahwinan',..
apa sebenarnya hikmah nabi menyarankan kita supaya berahsia(sirr) ttg khitbah ni,..salah satu nya adalah utk mengelak drpd timbulnya sebarang FITNAH.
bg sy, bila khitbah ni da tersebar, dia akan memberi byk kesan kpd owang disekeliling dan juga pasangan khitbah tu sendiri,..katakan bila kwn2 tahu, mgkin mainan 'ejek mengejek' akn memberi kesan kpd pasangan tersebut. selain tu, apabila da ramai yg tahu bhwa si polan ni da bertunang dgn muslimah tu, so si fulan ni xkn rase segan silu untuk bercakap-cakap tanpa alasan n kukuh dgn si muslimah tu n perjagaan ikhtilat tu sendiri akan tersimpang jauh dari jalan yg sepatotnya,..
the guardian said...
salam wth..
ye, sy setuju syauki ilaika. pd sy, psngn yg dh terfitnah atau kapel yg mmg org tahu psl hubungn tu, n jgk hubungn yg org pndng serong,adalah lbh baik kalau org lain tahu.. sbbnyer.. secara lazimnya, kite akn gembira bile tahu kwn kite dh tunang, lbh2 lagi yg ada rekod xcomei, insya Allah lbh ramai org akn doakn psngn ni, kan kan? haaa..lgi satu, kalu ade org nk 'ejek2', pd pndngn sy la, org tu xmatang lagi, ade ke nk main ejek2 wpun dh besar pnjng.. xtau la kot syauki ilaika tergolong dlm golongn tu.. (think) (chuckle)
Anonymous said...
Salam,..
em, setuju sgt2 dgn pendapat matang da guardian tuh,.tp sampai bile nk biarkan FITNAH tu berlegar-legar tanpa ada sebarang limit yg mengehadnya daripada tersebar,.?
kenapa perlu di peram lame2 platfom PERTUNANGAN tu?
kn bek kawen je,..kawen cepat2,.xder la fitnah tu makin parah,..
pasal ejek mengejek tu,...bergantung kpd tahap perkembangan otak seseorang,..klw mmg otak tu da not fully matured,mmg x dpt nk elak la mende tu seme,..tp klw menuduh seseorang tu berada dlm satu golongan yg emm,..kurang elok,..yg tu kite nk classify kan cane yer?
mgkin da guardian lebih arif dlm hal ni,..
Anonymous said...
heh? da guardian merujuk kpd peristiwa lame2 yg penah brlaku kot.. haha.. xtau la tu kan? bab kawen bukanbnde yg leh dibuat main2, kawen bkn bnde senang, kene tgok tahap kesihatn, kwngn, fmly dLL.. tp kan, insya Allah.. bile dh kawen tu, pintu rezeki akn terbuke lbh luas.. so, jgn takut2 nk kawen yer..
Anonymous said...
rancak tajuk ni dibincangkan...
kalau ada orang yang tak faham erti tunang tu camana?
ada juga orang yang ambil kesempatan untuk melupakan bekas kekasih, dengan mintak "bertunang",
nak kata orang buka baik2, xmungkin, cakap soal agama memng hebat, bcakap pasal dakwah mmg hebat, dia teringat bekas kekasih, dia akan kontek tunang dia.
kenapa ada manusia yang bergerak aktif berdakwah sanggup melakukan perkara ini, menjadikan orang yang tidak bersalah sebagai mangsa.
Ini sekadar pengalaman seorang sahabat. Mendengar ceritanya, seakan tidap patut sahabat itu diperlakukan begitu.
Anonymous said...
erm.. jgn lupe, manusia ni xlari dr buat kesilapan, xpatut kite mengungkit kesilapan seseorg tu sedangkn die dh berubah, dh bertaubat.. xpe la.. itu jalan Allah mentarbiah die.. mungkin Allah akn mentarbiah kite bnde yg same, tp proses yg berbeze.. kite sbgi shbt, patut sokong, bkn terus menerus mengungkit n menyalahkn die, jauh sekali memulaukn die.. kite doakn semoga kite xlari dari landasan yg betul..