Pertama: Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: "Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal."


* Kedua: Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : "Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi." Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: "Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan."


* Ketiga: Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: "Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain." Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: "Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna."


* Keempat: Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: "Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah Ta'ala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain)."


* Kelima: Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: "Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu." Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: "Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula."


* Keenam: Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: "Bersungguh- sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas." Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: "Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia."


* Ketujuh: Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: "Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka." Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: "Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar."


A room is only a place for u to sleep,
A place to stay a while for you to eat,
only a place to do some sort of your needs..

A room is only a place to show that you unite,
A place to think that you have some friends,
A place for nothing else...

where you hide your true feelings...before you notice that what u missed,

at least it's something that i see..




Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?

Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;

'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:

'Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)

dipetik dari iluvislam.com

sempena bulan yg mulia ni, kite byk2 kan la muhasabah diri.. bertaubat.. perkara baik yg dh selalu buat tu, kite teruskan n cube tingkt kan kualitinye, perkara2 yg xelok tu, cepat2 la tinggalkn yer... kalau bulan2 biase malu nk brubah jd baik, ha, gunakn peluang yg ada skrng ni, utk brubah, org xkan hairan la kan? sebab bg sesetengah org, ramadhan adalah bulan utk buat baik, xkisah la hbis je ramadhan amalan tu berterusan ataupun tidak.. tp.. harap2nye berterusan la kan, nak tahu x? diberitakan kat satu tempat tu, pemuda pemudi nya berubah pd bulan ramadhan, brubah jd baik, golongan muda termasuk mereka yg berfahaman liberal dan berorientasikan barat berusaha menebus dosa dan memperbaiki dri.. ada yg mengurangkan aktiviti keseronokan termasuk menonton filem dan menggantikannya dengan bersolat serta membaca alQuran selain memohon supaya tuhan ampunkan dosa sepanjng tahun.. wallahualam.. itu yg diberitakan.. erm.. tu org lain, mcm mne pulak dengan kite? same ke? harap2 fahaman kite ttg ramadhan tu sendri lebih jelas, bukannye lbh ke arah liberal tp ISLAM yg sebenar la kn.. setiap perkara yg dibuat dtg dengan niat yg ikhlas.. niatkn jgk supaya Allah memberikan kite kekuatan utk terus beramal hingga sampai ramadhan seterusnye.. sorg shbt pernah bgtahu.. antara cara nk umur panjang adalah dngn berdoa di setiap solat; semoga Allah memberikan peluang utk kite tunaikan solat seterusnye.. ehh..ehh.. ingt nk tulis sikit jer.. teerrr pngjng pulak.. ok, nk teruskn buat lab repot ni, esok kne hntr 3 lab repot... byk tu.. jmpe lgi lain kali.. insya Allah..


insya Allah, tinggal beberape bulan lagi nk menamatkn teori2 & praktikal2 kecil di sini.. wpun persediaan tak la serancak teman2 yg lain, sehinggakan ade yg menegur, "nk extend ke?" .. hati ni terase sayu je.. kadang2 terase sayu sgt.. bile terpandang wajah2 penyejuk hati di sini, xterucap rasenye ape yg ade kat dlm hati ni.. sungguh, terlalu byk bait2 yg tersusun dlm kepale ni..

dulu.. mase bru masuk kmpus, risau sgt.. "nnt nk kwn ngn sape? dpt lgi ke jmpe ngn kwn2 yg boleh pimpin aku?".. Allah maha mendengar kn? Allah tahu ape yg terbaik utk hambaNya kan? Alhmdulillh, ......................... tgn xmampu menulis lgi.. (T_T)


Sejak dari kecil hingga dewasa kita sering dituntut untuk beradab dan bersopan santun. Sopan santun dlm berhubungan dengan orang yg lebih tua,yg lebih muda, teman bahkan orang yg tidak dikenali. Dalam Islam pula, sering ditekankan mengenai adab.

di sini contohnya:

setiap kali kita meminjam barangan teman, adakah ia diminta izin dahulu atau terus ambil? ok,sekarang, jwb soalan ini pula; berapa kali kita mengembalikan barang yg kita pinjam dlm kondisi yg asal yg dipinjam, dan tepat pd due date nye? haa.. ke pinjam xpenah pulang2?

katakan barang yg dipinjam adalah sebuah buku; Buku memang hanya sebuah buku. Pinjam meminjam buku juga sudah biasa. Tapi apakah karena sudah biasa dan ‘hanya sebuah buku’ lantas membuat statusnya sebagai barang pinjaman yang mesti dipenuhi adabnya batal? Saya kira tidak. Betapapun statusnya tetap barang pinjaman. Sebagaimana hutang yang dapat menghambat seseorang masuk surga, maka saya khawatir demikian juga halnya dengan barang pinjaman.Ustaz pernah bagitahu, kalau kita rosakkan barang yg kita pinjam, kita mesti beri ganti rugi. Jangan ingat dia teman kita, dia tak punya perasaan, mungkin barang yg dipinjam itu barang yg sangat berharga buatnya. Justeru, minta maaf dan berbincanglah yer...

Kalau anak-anak kecil lupa mengembalikan atau tidak mengembalikan, saya yakin bukan karana mereka meremehkan atau bermaksud memiliki buku itu, tetapi lebih kerana mereka belum paham makna ‘meminjam’ dan bagaimana adab terhadapnya. Sedang kita, orang dewasa? Apalagi sudah belajar Islam?

Semestinya kita lebih bisa memenuhi adab ini dan menerapkan kepada anak-anak. Sudah tiba masanya, hal-hal seperti ini mendapat perhatian lebih dari kita semua. Menegur, mengingatkan atau bersikap tegas dalam hal ini, meskipun sering ditanggapi tidak enak, sebenarnya adalah suatu usaha untuk menjaga si peminjam dari perbuatan zalim terhadap dirinya sendiri maupun saudaranya sendiri.


yaaaahhh.. sudah lame rasenye xupdate blog.. ye la, seminggu dua ni duk pulun stdy + anime.. Alhamdulillah.. ptg td dah hbis exam.. satu paper je pun..

Dalam duk pulun anime jepun, cite2 jepun, ade la dpt belajar beberapa perkara, selain beberapa patah perkataan yang ambik mase jgk nk hafal.. hehe.. Antara perkara yg menarik perhatian sy adalah budaya orang jepun yg berbudi bahasa. perasan atau x kite, mereka ni suka bertegur sapa, satu amalan yg sgt2 dituntut dlm Islam, bezenya, kite dianjurkan bg salam.. kalau dulu, awal2 masuk U, kakak senior semacam tanamkan dlm diri kami, adik2 ni, bg salam atau panggil nama kala bertemu ataupun sekadar hai dan senyuman ikhlas. sekarang ni terasa sgt2 berbeza dengan keadaan dlu.. terasa dingin je... kite same2 muhasabah diri.. kat mane silap diri kite ni..


sy sgt2 terkesan dengan 3 perkara ni. 1) ukhuwah 2) wala' pd pemimpin 3) alamak, tibe2 lupe.. nnt la.. 3 bende ni sy dpt dr anime tuuutttt...

1) ukhuwah... dlm kelab ni, semacam tak ade perasaan iri hati -ve.. xde nk busuk2 hati org kwn sendiri.. jika salah seorang dr mereka berjaya, yg lain turut sama raikan kegembiraan tu.. dan mereka yg lain2 ni semakin marak semangat juangnya, jika ada antara mereka yg jatuh, mereka sama2 sambut, terbayang2 lagi episod tu, terasa sungguh indah punya sahabat, terpikir," dorg ni ade blaja bab ukhuwah ke dlm usrah? ade usrah ke dorg ni?" yaaa.. mereka x mcm kite, dlm usrah, kite acap kali sentuh bab ukhuwah, sorg2 lancar je bercakap.. sekali lgi, selaku hamba yg sgt2 lemah, sahabat yg sgt2 tak menyumbang, muhasabah diri, sama2 kite baiki...

2) wala' pd pemimpin... dlm satu kelompok manusia pasti ada ketua, kite nk g mana2 pun, apabila lbh dr 2 org, akan dilantik ketua perjalanan kan? sbb tu dlm satu kete xleh ade 2 drebar.. eksiden nnt kang.. huhu.. dlm cite yg sy tgok ni, si ketua ni seorang yg sangat dihormati. bkn sbb si ketua ni anak org kaya or genius tp kerana kepimpinan yg berdasarkan contoh teladan. jika bertarung, walaupun peratus kemenangan adalah 0, si ketua xpernah mengaku kalah, mengeluh kesusahan yg dialami pun tak pernah. walaubagaimanapun, jika ada apa2 yg dibuat oleh ketua ni, anak buah die xpuas hati, dengan senang hati anak buah menyatakn pandangan, si ketua terbuka hati menerimanya.. kita sendiri pun kadang sukar menerima pandangan org lain, oleh sbb kite beranggapan org lain tak setahu kite.. astaghfirullah....

3) insya Allah sambung nnt bile dh ingt.. ngantuk..

setakat ni dulu la.. sedikit buah jari sebelum balik cuti 3,4 hari.. kpd yg berkenaan, topup2 la lgi ea... hehe... sampai bertemu, "tepuk dahi, tanya diri".. Assalamualaikum wth~


KRING!!!! KRING!!!!

Pernahkah pada suatu hari, anda terlambat bangun dari tidur utk keluar ke kelas? then dengan kepala yg masih sedar tak sedar, anda bangkit dan duduk di katil dengan mata tertutup. Terfikir, "nak g kelas ke tak??... mmg sempat kalau nk pegi, tp kene cepat sikit la..." lalu bingkas bangun, membulatkan mata dan bersiap-siap.

Tahniah! dengan 'memulakan' sesuatu tindakan, kita dpt pegi kelas. dlm bersiap2, kita tinggalkan katil dengan keadaan tak berkemas. baju belum berseterika, seluar pun ambil yg dah sedia tergantung; beberapa kali pakai tapi still xberbasuh.

Buku yg nk bawa ke kelas pun berterabur lagi kat atas meja. bukan sebab salu ambil dan baca, tp sbb hari2 tidak dihiraukan kedudukannya, atas meje pulak bukan setakat buku je.. mug.. sikat rambut, minyak gamat, resit beli barang..jajan.. dan mcm2 khazanah lagi la..

Balik dari kelas, anda keliatan letih dan bercelaru apbila mmbuka pintu bilik dan melihat keadaan bilik yg tak begitu menyenangkan. tetapi.... buku yg dibawa td masih lagi diletakkan atas meja. sama spt yg dilakukan semalam dan hari sebelum2 nya.. yg pastinye manjadi penyumbang besar meje berselerak.. hehe..

anda menghempaskan tubuh lesu ke katil dan termenung; memikirkan ape nk jadi pd dri yg salu buat kecuaian yg sama..

HUSH!

Anda bangkit dan mengemas sikit demi sedikit, xsedar, best jgk ngemas ni, makin lame makin clear bilik.. heh heh... baju2 2,3 hari xbasuh pun siap rendam ngan softlan (nak gune daia or lain2 pun ok jgk), buku2 tersusun elok (mcm kat library; seb baik xde kod)

Tibe2 datang la ilham, nk jadikan bilik ni 'canggih' skit, ade bakul sampah, rak buku.. ruangan nota warna wrni.. cadar katil tegang smpi sayang nk baring2 atas tu (hehe)...

Tetapi.... kalau fikiran/idea 'canggih' mcm ni, duk ulang tayang dlm otak je.. x gune jgk kan? sebab ape??? sebab xade tindakan.. demikian la dlam aspek kekemasan peribadi, begitu jgk la halnya dgn aspek2 kehidupan yg lain. kite salu terpikir nk belajar tanpa henti, kerje sungguh2, istiqamah buat usrah, dll.. sedangkan kite sering kali terlupe yg keghairahan melakukan perkara tu dtg apabila kita 'MEMULAKAN'.

kita selalu tersilap anggap, 'bila aku bersemangat nnt, aku akn belajar bersungguh2.. ,".."bile ade mood nnt aku buat la..".. kurang bijak kan pemikiran mcm ni? tp ni la yg salu kite buat, dengan menjadikan alasan malas, penat, dan sbginye.. sepatutnye.. jgn tunggu2.. buat jer.. perkara baik, xelok tangguh kan? xyah tunggu lame2 bile dah tunang tu.. oopss.. pape pun, dlm ape jua keadaan, yang penting, kene mulakan...

a long journey starts with first step

p/s: sikit2 je yg berkait ngan penulis, yg lain dtg dr pemerhatian.. heh heh..


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Wallahualam




Please note and circulate...
Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!


Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the

air-conditioning immediately. According to a research done, the car dashboard,

sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note

of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons

your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure

will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.


Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with

the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors

under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up

to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will

inevitably inhale an excess amount of the toxins.


It is recommended that you open the windows and door to give time for

the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your

kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.


"When someone shares something of value with you and you benefit from it,

you have a moral obligation to share it with others"





adik sy name riduan. umor die 10 tahun. td ayh hntr gmbr, bunge ros. ayh ckp tu hadiah adik kpd mak smpene hari ibu.. (padahal die beli kat sekolah smpena hari guru).. mak ckp adik gune duit belanje rehat utk beli bunge tu. (dlm fikiran sy, waaaa... sweetnyer... abg2 die xpenah buat mcm tu pun)....

ayh bgtahu lgi, bru2 ni adik mtk ayh belikn kete mainan besar.. mahal tu... tp ayh xnk bg, hik hik hik.. lps tu die tye mak, nk buat solat hjt mcm mne.. lps smbhyng mak tye, adik doa ape.. adik xnk bgtahu, die kate, "nnt mak marah.." heeee.. boleh agak x?? tergelak besar time ayh bgtahu td.. bdk2 salunye klu solat wajib tu asik kne suruh tiap kli masuk waktu, tp kali ni buat solat hajat dgn rele hati..

pecah tembelang jgk, adik ambik hati mak sbb nk mak belikn kete.. huhu.. itu la adik sy yg licik... tp.. bile difikirkan balik.. bersyukur jgk la..sbb bile die xdpt kete tu dr ayh, die tahu nk mtk pd sape.. (pd Allah) dan jgk, die usaha lgi dgn ambik hati mak..


ya Allah.. jadikan adik2 ku, jadikan kami ank2 mak ayh, cahaya mata yg menyejukkn hati mereka, yg meringankn beban mereka, jd kan kami anak2 yg soleh solehah.. amiinn...







Fatimah Syarha Mohd Noordin

RM12.00

Telaga Biru Sdn Bhd



Novel ringkas ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan Rasulullah s.a.w. untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul.

** bg sy, buku ni semacam satu motivasi, satu tazkirah kpd dri.. sy yakin dan percaya, kehidupan yg dilalui watak, adlah impian most of muslimat, err.. ke patut sy kate sume org? terase spt ape yg xterluah dr hati, ade dlm buku ni,, hehe.. xtau nk ckp ape lgi, time kaseh kpd yg bg pnjm buku ni,,. nk memiliki xberkesempatan lgi.. ;) **


Apalah erti kehidupan ini tanpa sahabat?! Betapa indah kata-kata Ali bin Abu Thalib kepada putranya al-Hasan: "Anakku! Orang asing adalah yang tidak mempunyai sahabat karib."

Seorang penyair berujar:

bila seorang teman bertutur tentang diriku

yang memancing kemarahanku

kumaafkan segala kesalahannya

dan ku rendam amarahku

kerana aku cemas bila hidup tanpa seorang teman

Seorang bijak berkata: "Harta simpanan paling berharga adalah sahabat yang setia."

Ada pula yang berkata: "Sahabat yang selalu siap membantu ibarat lengan dan bahu."

Penyair lain menggubah:

banyak orang mempunyai beragam angan-angan

sedang angan-anganku dalam kehidupan

hanya seorang sahabat yang rela berbagi nasib

kami berdua laksana satu ruh

yang dibagi untuk dua tubuh

tubuh kami dua namun ruh kami satu

Al-Kindi berkata: "Sahabat adalah seorang manusia, dia itu dirimu, hanya saja ia adalah orang lain."

Jika kita renungkan, alangkah tepat ungkapan di atas bila kita menengok keadaan masa sekarang. Siapa yang sanggup membantuku dalam beriltizam dengan ajaran agama? Siapa yang sanggup menolongku dalam menunaikan ketaatan dan meninggalkan maksiat? Siapa yang sanggup membantuku guna berdakwah dan istiqamah? Siapakah orang yang boleh kupercaya sebagai tempat mengadu segala permasalahan dan aku yakin akan dukungannya? Siapakah yang mahu meringankan penderitaanku, memberikan kebahagiaan padaku, menorehkan kesan padaku dengan teladan dan kata-katanya?


Semestinya seseorang tidak merasa bangga dengan dirinya, memilih hidup menyendiri dengan jauh dari kawan dan sahabat. "Sesungguhnya serigala memburu kambing yang menyendiri." "Sesungguhnya syaitan bersama orang yang menyendiri, dan dia menjauh dari kumpulan dua orang" - seperti yang dinyatakan oleh Rasullah shallallahu 'alaihi wa sallam.




WHEN
A WOMAN SAYS
' I LOVE YOU 100% '
IT MEANS
SHE LOVES
YOU AND ONLY YOU
WHEN
A MAN SAYS
' I LOVE YOU 100% '
HE STILL
HAS ROOM TO
LOVE ANOTHER WOMAN 100%






"busuk betul kat sini", keluh seorang petani ketika berada di luar rumahnya. anak petani itu melihat shaja kerenah bapanya. "aku haoran, dh banyak pokok bunga aku tanam, tp halaman rumah ni busuk jugak." orang tua itu masuk ke dlm rumah.

"eh? still lgi busuk?? pelik?" orang tua itu terus marah-marah. pegi mana je mesti busuk. then anak die masuk and ckp, "ayah,cube ayah tengok cermin..."

org tua tu pun pegi dpn cermin. terkejut la die, sbb terpalit baja tahi ayam yg digunekan kat kebun tadi.

patut la g mane pun bau busuk... rupe-rupenye yg busuk bkn org or tmpt lain, tp tahi yg terpalit kat hidung sendiri...

muhasabah: kejahatan or keburukan yg salunye kte nmpk adakalanya bpunca dr diri kte sndr. apbila asyik nmpk kjhtn or kburukn org lain, boleh jd itu petanda kite sndr yg tak baik. tak hairan lah org yg berprasangka & prejudis sering bertemu dgn keburukan dlm hidupnya... astaghfirullahalaziim..



Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.


Sayidina Umar r.a, pernah mempertikaikan Hudaibiyah yg menurutnye berat sebelah. Beliau tidak bersetuju jika pengikut Islam yg sudah bhijrah ke madinah kemudian ingin berpatah balik dan mahu melompat semula ke Makkah dibenarkan berbuat demikian. ini tida adil, menurut Sayidina Umar r.a.
Sebaliknya, Rasulullah s.a.w. akur dgn perjanjian itu dan melihatnya dr persepsi berbeza. selain drpd perjanjian hudaibiyah itu sndr pun sudah satu kemengangan buat umat Islam malah syarat yg dilihat tdk adil itu sbnrnya mmberi kesan kbaikan secara trselindung. How?
Pengikut Islam yg melompat semula ke Makkah hakikatnya ialah pmbelot yg jika terus berad di Madinah pasti menyusahkn Rasulullah s.a.w. & para shbt suatu hari nnt. mereka yg berubah hati ini hnya menungu masa utk berpaling tadah apabila tiba masa kritikal & mncabar. Jd, bg Rasulullah s.a.w., ada baiknya mereka dibenarkn mlompat krna itulah cara terbaik utk mnapis mrka yg brmasalah ini drpd terus mnjadi duri dlm dging atau musuh dlm selimut dlm barisan pejuang Islam yg tulen.
manakala pengikut Islam yg tertahan di Makkah akan tetap memprtahankn keislamannya krna hati mrka yg benar2 beriman pasti tdk akan tergugat sekalipun ada persekitaran yg jahiliah. malah pejuang Islam yg sejatia akn sntiasa kreatif & inovatif utk mmperjuangkn agamanya wpun di tengah2 kekangan & halangan yg mnghimpit. Rasulullah s.a.w arif benar ttg hakikat itu. bginda bijak mmbaca hkmah & mmpu mlihat sesuatu yg positif scra trsirat wpun ngtf scra tersurat. Terbukti pengamatan bgnda melangkaui batasa pmikiran Umar al-khattab yg masih knvensional. tdk kalah dgn mngalah.
slps pjnjian hudaibiyah dimeterai, ada pengikut Islam di Makkah yg tekad utk terus bhijrah ke Madinah ttp rasulullah ttap bpegang pd jnji. mrka ttap tdk dbenarkn oleh bginda. lihat btapa teguhnya rasulullah saw bpegang pd jnji wpun tntu sedih & hibanya hati bgnda tpksa 'mnolak' kdtngn umatnya.
sjrah mncatatkn pejuang Islam yg tdk diterima di Madinah ini akhirnya mnjadi klompok pjuang pemisah yg mndiami lokasi trpencil namun tetap mmpertahankn iman sekaligus mnyusahkn pdgang quraisy yg melalui pnmpatan merka.
bbrpa thn kmudiannya, trnyata ksbaran & strategi rsulullah saw mmbuahkn hasil. kafir quraisy mlnggar prjanjian & peperangn demi pprangn pun brlaku. mujur barisan pejuang Islam sudah dbersihkn. jika tdk, msakan trcapai kualiti 313 org tntra Islamyg mmpu mngalahkn 1000 og tntra kafir d perang badar. dan boleh jd bilangn org munafik yg 'minta uzur' dr medan uhud mnjadi lbh ramai. atau konco2 puak munafik mnjdi lbh licik bkrjasama dgn Yahudi madinah utk menikam pejuang Islam dr blkng dlm perang khandak.

Umar belajar dr Rasulullah saw
Umar r.a tntulah individu yg paling mndapat pngajaran dr Rasulullah saw nerusi peristiwa hudaibiyyah. bbrapa tahun slps wafatnya rasulullah saw, dan berlalunya era pmerintahan khalifah Abu Bakar as-siddiq r.a, dan pmrintahn Islam brada di tangnnya, trbukti Umar masih brpegang teguh dgn roh trbiyah yg dterimanya drpd pnjnjain hudaibiyah.
dlm tazkirahnya kpd tntra Islam yg akan brangkat ke medan qadisiyah,parsi, beliau mnegaskan, "aku lbh bmbngkn dosa yg dilakuakn oleh tntra ISLAM sndr drpd kekuatan tntra musuh. hakikatnya,kita dimenangkn atas mrka krna dosa yg mrka lakukan.ttpi sekiranya kita turut brdosa spt mreka, aku khuatir Allah tdk akn mmbntu kita!"
Itulah Umar yg bljar dr Rasulullah saw.
ketika isu politik smkin panas dgn kejadian lompat-melompat, yg sangat mengelirukan ini, apa kata kalau kita istirehat seketika utk bermuhasabah ttg kebijaksanaan seorang pemimpin-Muhammad saw dan kesetiannya pengikut nya bernama Umar r.a. di pihak mana pun anda berada, ambillah IBRAH dr hudaibiyyah!



http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1485


Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?


http://www.pengantin.com.my/v1/index.php/component/content/article/21-artikel-cinta-sejati-serata-dunia/175-kisah-cinta-seorang-suami



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata,
Nabi Muhammad saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


assalamualaikum wth~

hehe.. dh lame x conteng2 kat sini.. bz la katakan.. haa.. nk ckp psl ni.. duk sibuk ngan mcm perkare ni kan, timbul la dlm hati perasaan xsedap.. cth? malas.. bosan.. nk termuntah la.. serabut la.. tp.. bile dipikirkan balik, buat analisis, (muhasabah la kan) kite xkan rase tertekan dgn bende yg kite buat ni kalau kite suntik elimen 'enjoy' + 'ikhlas' + buke hati dlm kerje2 ni... cth: seminar = boring, kalau seminar +
'enjoy' + 'ikhlas' + buke hati = fun! hehe.. yer ke mcm ni? psm = serabut, kalau PSM + tngjwb + strategi = berjaya!? errmm... insya Allah.. sebenarnye, rumus2 ni boleh buat sendri mengikut kesesuaian dgn diri kite.. asalkn kite ni pun di'guide' dgn agama.. hehu.. wallahualam..


ya ALLAH, syukur krna kau anugerahkan aku sahabat, yg byk mmbri kesan kpd hatiku, sedihku krna mereka, gembira ku krn mereka



Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.

Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.

KISAH SILAM

Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.

“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”

Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.

Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;

“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”

Kemudian ada sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”


Baginda menjawab;

“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;

“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.”
(al-Hujrat; ayat 12)


YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI


Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.

Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;

Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”


Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.

Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;

“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.

Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.

PERINGATAN

Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.

Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)

dipetik dr: iluvislam.com



isk.. kenape ckp psl kawen tunang je ni? (chuckle) xpe2.. lps ni, sy post psl bnde lain pulak ea.. :)



CABARAN BERTUNANG

Selama dua tahun tempoh kami bertunang, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh. Namun jarak yang memisahkan saya dan bakal isteri, sedikit sebanyak membantu kami untuk bersederhana dalam berhubung.

“Ahlan wa sahlan ustaz”, kata Yurzi dan Nik Azuan semasa menyambut saya di stesyen bas Galway.

“Terima kasih sudi jemput ana”, saya membalas salam.

Mereka berdua adalah pelajar perubatan di National University of Ireland, Galway.

“Program ceramahnya start pukul berapa ya?”, saya bertanya.

“Rasanya lepas Isyak, Ustaz. Mungkin dalam pukul 6″, Yurzi memberitahu.

Saya menumpang di rumah Yurzi dan Nik Azuan semasa kunjungan pertama saya ke Galway, tempat tunang saya belajar. Rumah mereka berdua ini agak pelik kerana ia terletak di sebuah selekoh tajam yang menggerunkan. Terbayang-bayang saya adanya kereta terbabas. Naudhubillah.

“Ustaz, Kak Muna ada hantarkan lauk untuk makan tengah hari kita”, kata Yurzi memberitahu saya.

“Alhamdulillah”, saya tersenyum sendirian. Melihat ayam masak kicap pun boleh tersenyum simpul.

Malam itu saya menyampaikan ceramah di Clinical Science Building. Semasa berceramah, saya dapat melihat tunang saya berada jauh di belakang bersama rakan-rakan sepengajiannya.

Sesi ceramah berjalan lancar. Soal jawab juga agak memberangsangkan. Saya berkenalan dengan ramai sahabat baru. Pastinya, Galway agak berlainan dari Dublin dan Belfast kerana watak pelajarnya lebih menampakkan kesan Irish. Mungkin hasil tiupan Lautan Atlantik barangkali. Ceramah di dalam Bahasa Inggeris juga nampaknya lebih mendapat sambutan berbanding Bahasa Malaysia!

“Selama beberapa hari di Galway, saya hanya menegur tunang saya sekali semasa kami menghadiri jamuan makan yang diadakan oleh PPIMG.

“Ukhti sihat?”, saya bertanya.

“Alhamdulillah. Macam biasa”, beliau menjawab.

“Study semua ok ke? Sekarang ni buat attachment di mana pula?”, saya bertanya lagi.

“Study berat sikit dah hujung-hujung ini. Sekarang ana attachment di Galway tapi Insya Allah bulan depan kena pergi ke Sligo”, tunang saya menjawab.

“Semoga semuanya berjalan lancar ya. Terima kasih lauk hari tu”, saya tersenyum.

“Tak ada apa-apa. Biasa sahaja”, tunang saya membalas.

Tidak banyak yang kami perkatakan. Sekadar bertanya khabar.

BARU TAHU

Selepas selesai jamuan, saya kembali semula ke rumah Yurzi dan Nik Azuan.

“Ustaz, maaf saya tanya sikit boleh tak?”, soal Yurzi kepada saya sebelum kami melelapkan mata. Jam baru pukul 9 malam tetapi sudah begitu larut rasanya.

“Silakan”, saya membetulkan duduk.

“Apa hubungan ustaz dengan Kak Muna ya?”, tanya Yurzi bersungguh-sungguh.

“Laaa… anta tak tahu ke? Patutlah pelik semacam aje. Kak Muna tu tunang ustaz”, saya sendiri pun terkejut dengan soalan Yurzi.

“Laaa… ye ke? Patutlah!”, kata Yurzi sambil menepuk dahi.

“Patutlah apa?”, saya bimbang juga dengan andaian beliau.

“Tak ada apa-apa. Patutlah Kak Muna bagi lauk dan suruh saya dan Nik Azuan jaga ustaz elok-elok”, jelas Yurzi.

“Oh, arahan tu sebab Kak Muna Ketua Muslimat, kot!”, saya ketawa.

Kami ketawa bersama. Saya meminta izin untuk ke bilik dan melelapkan mata kerana awal pagi esok saya akan kembali semula ke Belfast.

BATAS HUBUNGAN SEMASA BERTUNANG

Biar pun seorang lelaki dan seorang perempuan itu telah bertunang, hakikatnya mereka berdua tetap warga asing yang tidak diharuskan bergaul bebas atau -apa-apa hak yang diberikan hanya kepada pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin secara sah.

Saya bersyukur kerana jarak 8 jam perjalanan dengan bas itu bermanfaat untuk kami saling menjaga perhubungan. Sesekali menelefon untuk bertanya khabar dan berbincang tentang perancangan-perancangan… namun kami mencuba sedaya upaya untuk tidak berlebih-lebihan.

Ada panggilan telefon mungkin sekadar beberapa minit.

Ada panggilan telefon mungkin perlu hingga satu jam.

Tetapi bertanyalah kepada hati, jika perasaan memberitahu bahawa perbualan itu mendatangkan rasa resah dan bersalah, maka selesaikan perbincangan dengan cara baik agar tidak berlebih-lebihan dan mencetus dosa.

Selama pertunangan kami, saya dan dia sering bersama tetapi tidak berjumpa. Kami sering hadir ke program-program seminar, ceramah, perhimpunan musim sejuk dan sebagainya, tetapi tidak berjumpa. Apabila saya mengimamkan Qiamullail di Masjid Clonskeagh, saya tahu yang tunang saya turut bersama, dan itu sudah cukup lagi memadai.

RAHSIA PERTUNANGAN

Pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan.

Lucu juga saya apabila ditanya oleh Yurzi yang kehairanan melihat saya yang datang pertama kali ke Galway, tetapi mengenali seorang muslimah di situ.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati.

Terima kasih kepada bekas tunang saya yang bersama-sama saling berusaha menjaga diri selama tempoh kami diikat dengan janji. Kepada bekas tunang saya yang kini telah pun menjadi isteri… dan dengan tiga cahaya mata kurniaan Allah, semoga Allah mengekalkan rumahtangga kita dalam redha dan bahagia, hingga ke akhir usia, ameen.

sumber asal;
http://saifulislam.com


Begitu saja aku dengari suatu ayat-ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!





Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah





“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)